Thursday, 13 October 2016

PENDERITAAN SAUDARA SAHAN BIN SAID

[3:29pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: SKUAD  JEJAK ASNAF (SJA)
Tarikh lawatan dan siasatan pada pagi 11 Oktober 2016
SUAMI       : SAHAN BIN SAID (49 TAHUN)
ISTERI        :  RUSNI BINTI MOHAMED (48 TAHUN)
ALAMAT    :  N0. 173-B, JALAN BAIDURI 7, TAMAN TELUK BAIDURI, 08000 SUNGAI PETANI.
NO. TEL     : 012-4780342
NO. AKUAN BANK : BSN GIRO – 02124-29-81324987-5 (SAHAN BIN SAID)
KARIAH      : KARIAH MASJID KAMPUNG TELOK WANG BESAR
MUKIM      : SUNGAI PASIR
BANDAR    : SUNGAI PETANI
DAERAH     : KUALA MUDA
DUN            : PANTAI MERDEKA
PARLIMEN : SUNGAI PETANI

ANAK

1. MUHAMAD AIMAN ANAQIE BIN SAHAN (TL-1996)
(Pelajar Deploma Engineering Machine Uni.KL Sem2)
2. NUR AINA SYAMINI BINTI SAHAN (TL-1998)
(Pelajar Tingkatan 6 STAM di SMA NAHDZAH Bukit Besar, Kota Sarang Semut)
3. MUHAMAD DANIAL AFIF BIN SAHAN (TL-2001)
(Pelajar Tingkatan 3 SMK Sungai Pasir)
4. MUHAMMAD AMIR HAQIQ BIN SAHAN (TL-2003)
Pelajar AL-MADRASAH AL-HASHIMIAN, KG TELOK WANG  BESAR, SUNGAI PETANI.
5. MUHAMMAD ADI MUQRI BIN SAHAN (TL-2011)
(Pelajar TABIKA KG. TELOK WANG BESAR, SUNGAI PETANI

Tarikh Kejadian Sakit Stroke : 24/5/2016.
Pekerjaan : Kilang Yuasa Battery (M) Sdn Bhd
Gaji Basic : 691.50 + lain-lain = RM 981.56
Rumah : Rumah sendiri dengan bayaran sewa beli setiap bulan sebanyak RM350.00.
Tempuh gaji penuh sehingga bulan November 2016.  Selepas itu akan dibayar sepruh setiap bulan selama 3 bulan.  Selepas itu akan dibayar suku sehingga tempuh 6 bulan.  Selepas itu ditamatkan pekerjaan.  Pihak kilang sedang uruskan bayaran SOCSO tapi tidak pasti bila urusan ini selesai.  Dalam tempuh rawatan dan penjagaan pesakit menelan belanja yang banyak.  Urusan keluarga diambil alih oleh isterinya dengan menghantar anak-anak ke sekolah.  Anak perempuan yang belajar di Tingkatan 6 STAM Nahdzah baru sahaja selesai bayar yuran persekolahan dengan derma terkumpul orang ramai yang datang ziarah. Lain-lain bantuan: katil bergerak – Ustaz Ahmad Faisol Haji Hashim (Tuan Guru Pondok AL-MADRASAH AL-HASHIMIAH, KG TELOK WANG BESAR), Kerusi roda – Cikgu Abd. Ghani.
Pejabat Zakat : RM600 untuk Raya Idul Fitri (tahun 2015 & 2016), bantuan pertama kemasukan anak ke UniKL Bangi, bantuan awal persekolahan sebanyak RM300.  Tahun 2016 tak dapat sebab borang yang dihantar ke Pejabat zakat tak masuk dalam system. Jika ada mana-mana agensi yang pernah bagi bantuan kepada keluarga ini boleh update dalam SJA.
Aktivit harian suami isteri :  Sebelum stroke; mereka suami isteri setiap malam naik motorsikal ikuti kuliah dibeberapa buah masjid. Musibah yang Allah uji keluarga ini sangat tinggi kesabaran mereka terutama perbelanjaan pelajaran anak-anak mereka.
[3:35pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: semua gambar ini berdasarkan penjelasan detail hasil siasatan pagi tadi ketika saya kunjung ziarah mereka
[3:39pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: Sahan bin Said tidak mampu bercakap dengan baik, hanya dibantu oleh alat bantuan suara.
[3:41pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: slip pendapatan bulanan Sahan.  Sebelum stroke, mereka tidak ada masalah walaupun gaji kecil tapi mereka jimat belanja dengan memberikan keutamaan anak-anak belajar.
[3:44pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: Kalian boleh ziarah sepertimana alamat yang tertera di atas dan boleh menyumbang terus ke Akuan BSN Giro : 0212429813249875-Sahan bin Said
[3:46pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: No. Tel. Isterinya : RUSNI BINTI MOHAMED - 0124780342 untuk pengesahan maklumat dan keperluan keluarga ini
[4:09pm, 11/10/2016] Kmrudin Kassim3: orang yang hidup sederhana, belanja berdikit-dikit untuk pelajaran anak-anak, tahan sabar apabila ditimpa musibah susut pendapatan. Tapi bagi orang yang hidup mewah dan ditimpa musibah muflis sukar menghadapi musibah.  terkadang ada yang jadi gila.  Kita sama pohon perlindungan Allah supaya diberikan kita kekuatan sabar. Nak bagi tau orang yang ditimpa musibah supaya bersabar pun kena hati-hati takut silap cakap ... ada setenggah yang menempelak dengan kata "takpalah hampa boleh sabar dalam kesenangan tapi kami ni dah nak mampus, pandai hampa nak suruh sabaq.  Cuba hampa duduk ditempat kami, entah2 hampa jadi gila"



Jazakumullah di atas bantuan Pengurus FARMASI TAUTAN BAROKAH, Semeling kerana menyumbang bantuan alat mudah berjalan dan pempers kepada Sahan Said yang mengalami stroke.  Semoga Allah memberikan keberkatan di atas perniagaan beliau melimpah ruah rezeki.





PN SHAMSIAH - PENIAGA KECIL MEMERLUKAN BANTUAN GERAI JUALAN UNTUK BERNIAGA MENCARI REZEKI

Pn Shamsiah melalui Group Wasp SSP telah menyatakan hasrat dan memohon bantuan dari sesiapa yang sudi membantu  beliau mendapatkan Gerai Jualan ( Kios Burger ) untuk berniaga mencari rezeki. beliau mempunyai anak anak  yang masih bersekolah . Sekarang ini sangat dihimpit kesukaran dalam mencari rezeki. Setakat ini beliau telah memohon bantuan dari beberapa pihak dan sedang di.proses yang keputusannya belum dapat dijanjikan.

Beliau sekarang ini berniaga dengan menjual laksa dan bihun sup kecil kecilan yang pendapatanya taklah seberapa.  Disamping itu adiknya yang ditinggalkan suami mengambil upah mengutip bendi. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyumbang kepadanya melalui akaun Persatuan SSP. Shamsiah boleh dihunungi di nombor 017-4358724. no akaun BSN Pn Shamsiah  02116-41-00002744-4

Selain itu sumbangan juga amatlah diperlukan untuk digunakan sebagai modal kerana kesempitan yang dilalui membesarkan anak anak dan menghantar mereka ke sekolah. Perniagaan yang diperolehi sekadar RM20 sebelah pagi dan digunakan pula untuk modal perniagaan sebelah petang nanti. Keadaan kesihatan Pn Shamsiah pula dikatakan kurang sihat kerana mengalami sakit darah tinggi namun terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.



Gerai Jualan yang diusahakan oleh Pn Shamsiah Sekarang di No 59,Taman Sejahtera Rakyat,
( Rumah Keda Sungai Tok Pawang )

NAIB PENGERUSI SSP ZIARAH IMAM MASJID SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI MENGALAMI PENYAKIT KENCING MANIS YANG KRITIKAL

Iman Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani atau masjid Taman Ria Jaya Ustaz Azizan Ramli telah mengalami sakit kencing manis yang kritikal. Lawatan oleh Naib Pengerusi SSP Ustaz Kamaruddin yang menziarahi beliau telah menceriakan dan berbesar hati menerima kunjungan ini. Moga Tn Imam akan segera sembuh dan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang telah mendermakan kerusi tandas untuk kemudahan kepada beliau untuk memudahkan pergerakan dan membuang air besar.

Ustaz Kamarudin ketika menziarahi Tuan Imam.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah disampaikan atas nama Pn Narison bt Mohamad. ( isteri Ust Azizan ) Bank Islam 02020020361718
 Tn Hj Abd Ghani Haron, mantan PPD KMY ( tiga dari kanan ) menyampaikan sumbangan kerusi roda pada 13 Okt 2016. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Abd Ghani .
Ustaz Kamaruddin, Naib Pengerusi SSP bersama Tn Imam

Biodata Ringkas Kehidupan Keluarga Imam Masjid Sultan Abdul Halim.
A. Ustaz Azizan bin Ramli (Imam)
B. Puan Narison binti Mohamad (Isteri Imam)

Alamat: A21, Aras 2, PPR Paya Nahu (Fasa 2), Kariah Masjid Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Anak-anak:

1. Anak Perempuan (Pengajian Al-Quran Sunnah USIM)
Bekarja sebagai pegawai kontrak data NCR. Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIS)
2. Anak perempuan, sedang belajar peringkat Master KUIN.
3. Anak perempuan, baru keluar UPSI dan bantu ibunya jual Kuih Pau.
4. Anak lelaki, sedang belajar bidang dakwah di KUIS
5. Anak perempuan, Tukang jahit di bengkel asnaf Lembaga Zakat Sungai Petani
6. Anak perempuan, belajar di Sek. Men. Agama Nurul Islam, Air Hitam, Kedah.
7. Anak lelaki, belajar di Maahad Darul Hadis Tok Keling, Kedah.
8. Anak perempuan, belajar di Maahad Imam Nawawi, Pulau Pinang.
9. Anak Lelaki, belajar tahun 4 SK Sungai Petani (Jalan Sekerat SP)
10. Anak Perempuan, belajar tahun 2 SK Sungai Petani (Jalan Sekerat SP)

Kehidupan mereka bergantung sumber perniagaan menjual kuih Pau depan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.  Sumber pendapatan yang sedikit dapat menyara hidup anak-anak yang tidak tercicir dalam pelajaran.  Apabila Ustaz Azizan Ramli jatuh sakit dan terlantar di atas katil selama 3 bulan yang menyebabkan sedikit beban kehidupan musibah kencing manis kronik.

SSP MEMBANTU KELUARGA OKU , BANDAR AMAN JAYA SUNGAI PETANI.

Keluarga ini mempunyai seorang anak OKU manakala ibunya pula mengalami sakit lumpuh disebelah badan. SSP bersama masyarakat telah membantu menghubungi pihak yang tertentu dan mereka yang telah bermurah hati untuk menghulurkan bantuan.

Ybhg Datuk Paduka Jaafar Pengerusi SSP bersama Ajk dan ahli SSP menziarahi  Hafidy Sazali


Hafidy Sazali Menunjukkan tanda bagus kerana sudi menziarahi beliau dan keluarga


Ybhg Datuk Paduka Jaafar Pengerusi SSP menyampaikan sumbangan yang diterima kepada Hafidy Sazali 

KEBAKARAN DI KAMPUNG PINANG TUNGGAL

Berita yang diterima mengenai kebakaran yang berlaku di Kampung Pinang Tunggal 13 Oktober 2016 jam 4.15 petang. Persatuan SSP sedang menuju ke lokasi yang dinyatakan. Sumber foto diperolehi melalui group wasps ssp.
Keadaan rumah milik En Buhari bin Ali, No F-905, Kg Pokok Asam, Pinang Tunggal , Sungai Petani Kedah. Beliau bekerja sebagai tukang kebun di Pusat Pendidikan Al Islah, Sungai Petani. Kebakaran berlaku sekitar jam 12.00 tengahari






Wednesday, 12 October 2016

Biodiversiti Sungai Merbok

Tinjauan Di Persisir Sungai Merbok.

Tinjauan dilakukan bersama Kelab Biodiversiti Sungai Merbok , bersama YB Prof Dr Ismail Daut, Ahli Parlimen Merbok melihat dan meninjau aktiviti ekonomi di sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Petani hingga ke muara sungai di Tanjong Dawai.

Aktiviti ternakan ikan sangkar, dan penangkapan ikan menggunakan cara tradisi menggunakan pukat, pompang dan menjala oleh nelayan sungai memberikan hasil yang baik.

Cuma tahap pencemaran Sungai Petani ketika tinjauan di Jeti Taman Pekan Baru amat membimbangkan. Sekiranya tidak diambil tindakan memelihara sisa buangan yang terus disalurkan melalui parit dan saluran ke sungai maka keadaan ini akan menjejaskan hidupan dan pembiakan ikan dan sumber pendapatan nelayan sungai akan terjejas.
Kelab Biodiversiti Sungai Merbok.

Tn Hj Anwar Fadzil S/U SSP bersama Tn Hj Idris Osman ( Pengetua SMK Khir Johari ) ketika melakukan lawatan di Kelab Biodiversiti Sungai Merbok


 Jeti Taman Pekan Baru, Sungai Petani

Air Sungai , Sungai Petani