Tinjauan dilakukan bersama Kelab Biodiversiti Sungai Merbok , bersama YB Prof Dr Ismail Daut, Ahli Parlimen Merbok melihat dan meninjau aktiviti ekonomi di sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Petani hingga ke muara sungai di Tanjong Dawai.
Aktiviti ternakan ikan sangkar, dan penangkapan ikan menggunakan cara tradisi menggunakan pukat, pompang dan menjala oleh nelayan sungai memberikan hasil yang baik.
Cuma tahap pencemaran Sungai Petani ketika tinjauan di Jeti Taman Pekan Baru amat membimbangkan. Sekiranya tidak diambil tindakan memelihara sisa buangan yang terus disalurkan melalui parit dan saluran ke sungai maka keadaan ini akan menjejaskan hidupan dan pembiakan ikan dan sumber pendapatan nelayan sungai akan terjejas.
Kelab Biodiversiti Sungai Merbok.
Tn Hj Anwar Fadzil S/U SSP bersama Tn Hj Idris Osman ( Pengetua SMK Khir Johari ) ketika melakukan lawatan di Kelab Biodiversiti Sungai Merbok
Jeti Taman Pekan Baru, Sungai Petani
Air Sungai , Sungai Petani
No comments:
Post a Comment