Beliau sekarang ini berniaga dengan menjual laksa dan bihun sup kecil kecilan yang pendapatanya taklah seberapa. Disamping itu adiknya yang ditinggalkan suami mengambil upah mengutip bendi. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyumbang kepadanya melalui akaun Persatuan SSP. Shamsiah boleh dihunungi di nombor 017-4358724. no akaun BSN Pn Shamsiah 02116-41-00002744-4
Selain itu sumbangan juga amatlah diperlukan untuk digunakan sebagai modal kerana kesempitan yang dilalui membesarkan anak anak dan menghantar mereka ke sekolah. Perniagaan yang diperolehi sekadar RM20 sebelah pagi dan digunakan pula untuk modal perniagaan sebelah petang nanti. Keadaan kesihatan Pn Shamsiah pula dikatakan kurang sihat kerana mengalami sakit darah tinggi namun terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.
Gerai Jualan yang diusahakan oleh Pn Shamsiah Sekarang di No 59,Taman Sejahtera Rakyat,
( Rumah Keda Sungai Tok Pawang )
( Rumah Keda Sungai Tok Pawang )



No comments:
Post a Comment