Tarikh : 26 Januari 2017 (Khamis)
Masa : Lebih kurang jam 3.51 petang, ketika saya dalam perjalanan balik dari Alor Setar ke Sungai Petani, saya telah dihubungi oleh seorang lelaki india (hindu) dari pejabat agama sungai petani, memberitahu masalah keluarga Nur Hidayah Puspa Abdullah. No. telefon saya telah diberikan oleh pegawai di pejabat agama untuk mereka hubungi Skuad Jejak Asnaf Sayang Sungai Petani. Saya minta mereka pulang ke rumah, nanti pihak SJA PSSP akan ke rumah mereka selepas Solat Asar.
Saya hubungi Cikgu Anwar dan 3 pelajar praktikal dari Universiti PSU Kampus Pattani untuk segera siap sedia, selepas Asar SJA akan bergerak ke lokasi berkenaan.
Alamat : 38, Lorong Jati 28-B, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Kedah.
KARIAH : Masjid Al-Muhajirin Taman Bandar Baru (Pej. Agama Daerah Kuala Muda)
JKKK : Taman Bandar Baru (Haji Abu bin Awang)
DUN : Bukit Selambau (India-PKR)
PARLIMEN : Merbok (Melayu-BN)
Masalah keluarga:
Ketua Keluarga/Suami : Muhamad bin Hashim (730504-02-5469) telah setahun menghilangkan diri bersama seorang wanita hindu bernama Kohila Veni A/P Rangasamy (860929-43-5362). Lelaki ini meninggalkan isteri gantung tak bertali bersama 6 orang anak.
A. Isteri : Nur Hidayah Puspa Abdullah
B. Anak2 : Siti Aishah Abdullah 17 tahun
Muhammad Shamsuddin Abdullah (Tingkatan 3 SMK Amanjaya)
Nurul Aina Abdullah (Tingkatan 1 SMK Amanjaya)
Siti Rashidah Abdullah (Tahun 5 SK Seri Bayu)
Nur Kasih Hidayah binti Muhamad (Thaun 2 SK Seri Bayu)
Muhamad Afis Rudin bin Muhamad (3 tahun)
BANTUAN :
1. Lembaga Zakat Negeri Kedah sebanyak RM500 setiap bulan bermula tahun 2013
2. Nur Hidayah Puspa baru bekerja bulan Januari sebagai Cleaner di Hospital Pantai dengan pendapatan sebanyak RM1,000 sebelum tolak lain-lain kos. Buat masa ini belum lagi menerima gaji. Dalam situasi stress dan tension dengan pemburu hutang yang sering menggangu pelbagai ugutan melalui telefon yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dengan tenang. Mereka juga sering menalifon ke tempat kerja. Beliau juga bimbang dalam situasi begini akan menyababkan dibuang kerja. Beliau bukan ingin jadi begini, tetapi atas sikap tidak bertanggungjawab si suami durjana, hidup bertukar pasangan yang kebanyakan perempuan yang bukan islam.
3. Apabila tidak ada wang untuk perbelanjaan keluarga, beliau terpaksa berhutang dengan masyarakat india yang berjiran dengannya dan ada yang membantu barangan keperluan dapur. Kami sempat berbual dengan masyarakat india (beragama hindu) yang datang bersama kami. Mereka sangat simpati dengan kehidupan keluarga ini dan mereka ini juga sangat mesra dengan kami. Sehingga seorang jiran lelaki membawa Nur Hidayah Puspa ke Pejabat Agama Sungai Petani.
4. Tindakan awal kami SJA PSSP, membeli makanan keperluan dapur yang terputus di sebuah kedai dalam taman tersebut.
5. Kami juga sempat singgah solat maghrib di Masjid Al-Muhajirin Taman Bandar Baru. Selepas Solat kami cuba bertanya anak jamaah, mana dia Tuan Imam. Mereka menjawab tuan imam tak mai solat jumaah maghrib hari ini, yang ada hanya Naib Pengerusi Masjid Haji Zakaria bin Haji Ismail. Kami berbual dengan Naib Pegerusi dan lain-lain anak jamaah menegnai isu keluarga tersebut. Kami minta supaya pihak masjid turun mengunjungi keluarga ini dan bantu apa yang patut. Buat masa ini jiran2 india (hindu) yang sering ziarah dan berikan bantuan. Mana pi orang2 islam.
KOS SARA HIDUP
1. Sewa rumah sebulan RM200
2. 4 orang anak yang masih bersekolah, 1 orang sudah berhenti sekolah dan 1 orang 3 tahun.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Ustaz Kamaruddin 011 238 11 568 (Naib Pengerusi) atau Cikgu Anwar 019 4589801 (Setiausaha) dan boleh memberikan sumbangan melalui Persatuan Sayang Sungai Petani (Maybank ACC : 5521 8951 6026).
No comments:
Post a Comment