Thursday, 2 February 2017

MENCARI RUMAH ANAK YATIM - ANAK SAUDARA BARU YANG MENINGGAL DUNIA MOHD AIMAN KONG

20170131 SJA PSSP | RUMAH BUDI | Jam 4 00 pm, berberapa rakan sukarelawan telah melawat Rumah Budi, Yan, Kedah. Tujuan kami membantu mencari penempatan untuk 2 orang anak yatim seorang saudara baru Cina yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 1 2017 yang lalu. Kedatangan kami telah disambut mesra oleh kakitangan Rumah Budi dan kami berbincang pelbagai isu seperti kelayakan dan keperluan untuk mendaftar di pusat perlindungan istimewa ini. Seorang petugas yang dikenali sebagai Mami telah memberikan penerangan panjang lebar dan beliau telah bercakap melalui telefon dengan Tuan Hj Azam, bapa kepada Pn Aimi, ibu kepada 2 anak yatim. InsyaaLlah, Tuan Hj Azam akan berurusan secara langsung dengan pengerusi Rumah Budi Yan untuk kemasukan anak2 tersebut. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam pengkebumian jenazah Allahyarham Mohd Aiman Kong @ Kong Tat Chong tempoh hari serta membantu anak2 yatim ini untuk mendapat tempat tinggal serta menyambung pelajaran mereka.Pertanyaan: Ustaz Kamaruddin 011 238 11 568 atau Cikgu Anwar 019 4589801. Sumbangan boleh disampaikan melalui Persatuan Sayang Sungai Petani (Maybank ACC : 5521 8951 6026).


No comments:

Post a Comment