Saturday, 26 November 2016

BANGUNAN BANGUNAN WARISAN SUNGAI PETANI

Merdeka! Merdeka! Medeka! Merdeka Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat, bergema kali pertama di Banda Hilir Melaka,20 2 1956, di hadapan lebih 100 000 orang, selepas termeterai perjanjian di London mengenai masa depan Malaysia yang merdeka. 8 2 1956. Kemudian sekali lagi, dilaungkan di Stadium Negara, 31 8 1957, pemahsyuran Malaysia yang merdeka dari penjajahan Inggeris.Ramai warga Sungai Petani, terlepas pandang, sejarah besar itu sebahagiannya, bermula dari sini, bandar kita. Masjid Abdul Rahman @ Masjid Rahmaniah, dibuka 1937, disemadikan nama Almarhum Tunku yang pernah menjadi Pegawai Jajahan Kuala Muda atau D.O. sebelum beliau menyambung pelajaran ke England, 1938.. Ketika di Sungai Petani, Almarhum Tunku menetap di kediaman rasmi, berhampiran bulatan bersebelahan Masjid Khariyah Penghulu Him. Pentadbiran negeri Kedah sebelum ini dijalankan di Kota Kuala Muda, dan pada tahun 1912,dipindahkan secara beransur2 ke Sungai Petani, dengan kehadiran Residen Inggeris pertama di Kedah, Sir Williiam George Maxwell, 1909 - 1915. Langkah Pejabat Daerah Kuala Muda membuat renovasi bangunan kediaman rasmi Almarhum Tunku, walaupun perkhidmatannya hanya 2 tahun di sini, sangat penting utk memelihara sejarah perkembangan bandar kita, membangun dari kampung2 tradisional ke era perladangan komersial semasa British hingga akhirnya, kini, muncul megah sebagai bandar perindustrian, di samping menjadi taman ilmu, dipenuhi pelbagai pusat pendidikan tinggi. Sudah tiba masanya,  Sungai Petani menubuhkan sebuah galeri atau muzium untuk merakam, menyimpan semua khazanah sejarah utk rujukan pelajar2 sekolah, mahasiswa2, atau warga bandar ini. Tidak ramai yang tahu asal usul kenapa bandar kita di kenali sebagai Sungai Petani atau Sungai Patani. Kenali bandar kita, Sayang Sungai Petani.





Monday, 21 November 2016

PEMBINAAN TANDAS WAKAF PSSP

20161121 SJA PSSP | WAKAF TANDAS SURAU AN-NUR | FLAT PAYA NAHU DAMAI Alhamdulillah, hari ini, kerja2 pembinaan tandas di Surau An-Nur, PPR Paya Nahu Damai, berjalan lancar. Rakan2 sukarelawan telah turun ke lokasi dengan dibantu oleh AJK Surau serta penduduk2 memantau projek wakaf ini. Lubang untuk tangki  septik telah dikorek dengan bantuan penduduk yang turut bergotong royong. Pekerja2 Rohingya yang diketuai oleh En Yunos Mohammad telah menyiapkan tapak, memasang kok simen dan menaikkan bata untuk membina dinding. Kami akan cuba siapkan projek ini, membina 2 tandas lelaki, dan akan mencari dana / sumbangan untuk fasa 2, membina 2 tandas wanita. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan derma, wakaf, dan mereka yang memberikan material serta nasihat. Sebarang pertanyaan/Info: sila hubungi: Ust Kamaruddin 01123811568 / Cikgu Anwar 0194589801. Persatuan Sayang Sungai Petani. Maybank Akaun No: 552189516026









Saturday, 19 November 2016

ORANG KUAT CIKGU GHANI

Sir Anuar, [19.11.16 10:12]
2016 11 18 SJA PSSP # ORANG KUAT CIKGU ABD GHANI # Anak remaja ini menjadi orang paling kuat Cikgu Abd Ghani Haron. Kami rakan2 sukarelawan, termasuk Ayahanda Ustaz Kamaruddin, zoom lensa kamera kami, merakam setiap gerak, pembantu yang berlegar2, mundar-mandir di celah2 asnaf yang menimpa halaman rumah mereka, Kg Masjid, Tikam Batu. Tanpa ada sebarang rasa gawat atau rendah diri, kami perhati, dengan santai, bersahaja menghulur bantuan kepada asnaf. Beliau pernah mendapat rawatan di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan, 2 tahun, termasuk mendapat rawatan chemo sebanyak 12 kali. Apapun, cabaran yang dihadapinya, bukan mencairkan semangat, bukan melburkan impiannya, tetapi menukarnya menjadi insan yang kaya raya dengan rasa insaf, peduli dan prihatin kepada asnaf yang berkunjung ke rumah ayahanda beliau, Cikgu Abd Ghani Haron. Watak anak remaja ini, macam ibunda beliau, juga bekas seorang pendidik, kurang bercakap tetapi gigih berusaha menyantuni asnaf yang memerlukan perhatian dan pertolongan. Semasa kami memantau Projek Sedekah Beras kali ini, kami nampak berberapa orang menunjukkan pelbagai dokumen, surat, dll utk memohon bantuan daripada Cikgu Abd Ghani, tetapi philantrophist ini memilih utk menunggu giliran, mendapat rawatan di hospital kerajaan utk anak beliau, pesakit kanser tulang. Barangkali, ini menjadi salah satu sebab mengapa rakan2 FB yang tidak pernah dikenali, kecuali di medan siber, terus memasukkan derma, dana, ke dalam akaun peribadi khas utk kerja2 amal, sedekah jariah. Semoga Allah SWT merahmati anak remaja ini, ibubapa dan keluarga beliau. Amin.








WAKAF PEMBINAAN TANDAS

https://www.youtube.com/watch?v=EXXo_vViGfo20161119 SJA PSSP # WAKAF TANDAS SURAU AN-NUR, FLAT PAYA NAHU # PPR Paya Nahu Damai, dibina lebih kurang 20 tahun yg lalu untuk penduduk2 setinggan yg tinggal di rumah2 sepanjang Sungai Petani, kawasan simpanan KTMB, dll. Namun begitu, penduduk2 di sini memerlukan 4 unit tandas untuk kemudahan anak2 jemaah, khususnya utk aktiviti2 spt kelas2 fardhu ain, ceramah, dll selain dpd solat jemaah 5 waktu. Tuan/puan boleh melawat Surau An-Nur dan melihat perkembangannya. Kami dari pelbagai NGO, sukarelawan, sedang membantu membina kemudahan tandas, dll yg berkaitan di PPR Paya Nahu. Terima kasih kepada semua pihak yg menyalurkan sumbangan berbentuk material, dana, nasihat, dll. Info, sila hubungi: Ust Kamaruddin 01123811568 / Cikgu Anwar 0194589801. Persatuan Sayang Sungai Petani. Maybank Akaun No: 552189516026

GOTONG ROYONG PPR PAYA NAHU 1

20161119 SJA PSSP # GOTONG ROYONG PPR PAYA NAHU 1 # Beberapa siri gotong royong telah diadakan di PPR Paya Nahu Damai, bertujuan membersihkan seluruh kawasan. Mimpi ngeri seperti kes2 penyakit bahaya, meragut nyawa penduduk sperti difteria, denggi, dll. Kesatuan penghuni2 nampak semakin kuat, dan kami sempat berbual dengan salah seorang penduduk, pemandu excavator, yang sudah berberapa kali membuat pembersihan pada hari2 beliau tidak berkerja di luar. Ramai terlepas pandang, betapa mulia insan ini, tanpa arahan, hanya keinginan melihat PPR Paya Nahu Damai menjadi bersih dan ceria. Malahan, tiada bayaran yang dikenakan atau dituntut daripada penghuni2 lain, hanya ganjaran Allah SWT, keredhaannya semata2. Pagi ini, sekali lagi kami, rakan2 sukarelawan menyaksikan pemandu jengkaut ini, menggendalikan jentera berat dengan cekap, membersihkan bahagian2 di belakang flat yg sudah ditumbuhi rumput2 tebal dan pokok2 tumbuh liar, menjadi sarang tikus, ular, dll. Jam 12 30 tgh, kami nampak beliau sudah meninggalkan kawasan Surau An-Nur, yang telah bersih, dan bergerak ke bahagian hadapan. Kami juga kerjasama beliau utk menggorek lubang, tangki septik, tandas Surau An-Nur yang sedang di dalam pembinaan. Beberapa penduduk yg kami temui memohon kpd pihak berkuasa utk menambah lot2 parkir, dan kawasan belakang yg telah bersih dijadikan jalan belakang, utk menceriakan kawasan disamping menambah laluan akses ke seluruh kawasan. Terima kasih kepada semua pihak, tuan/puan yg telah membantu menjayakan gotong royong kali ini. InsyaaLlah, 2 tandas (lelaki) akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu, dan kami berharap dpt mencari sumbangan material, dana, dll utk menyambung pembinaan 2 tandas (wanita). Info, sila hubungi: Ust Kamaruddin 01123811568 / Cikgu Anwar 0194589801. Persatuan Sayang Sungai Petani. Maybank Akaun No: 552189516026

Friday, 18 November 2016

PROJEK SEDEKAH JARIAH HJ ABD GHANI BIN HARON

20161118 SJA PSSP # CIKGU GHANI, PROJEK SEDEKAH BERAS # Seawal subuh, ratusan atau ribuan asnaf, berbondong2 memasuki pintu utama rumah Cikgu Abd Ghani Haron, semata2 utk mendapatkan bahagian mereka, 1 kampit beras. Projek sedekah jariah ini sudahpun berjalan bertahun2, akhirnya inisiatif mulia ini mendapat sokongan daripada seluruh pelusuk negara. Malah, ada juga sumbangan yg diterima dari luar negara, barangkali daripada rakyat Malaysia, yang merantau tetapi mempunyai kasih sayang dengan mereka yang ditinggalkan, di tanah air. Barangkali, perjalanan mengajar mereka menghargai persaudaraan, kasih sayang, ukhuwwah, yang diterjemahkan kepada sumbangan sedekah jariah ke dalam akaun khas  Cikgu Abd Ghani. Hanya 1% sahaja daripada penyumbang ini yang mahu sumbangan mereka dihebahkan kepada public, tetapi yang lain sepi, tanpa menuntut sebarang pengiktirafan. Cuma, segala perbelanjaan daripada sebarang projek sedekah jariah yg dijalankan oleh pendidik ini dilaporkan utk menunjukkan ketelusan dalam menggunakan dana, sumbangan atau derma awam. Kami daripada pelbagai badan sukarela dan rakan2 media memerhati semua event yang berjalan dari jam 6.30 hingga 7.30 pagi, bila pintu utama dibuka kepada orang ramai, asnaf, yang memenuhi jalan di hadapan rumah beliau, hingga pintu utama ditutup, menandakan semua kampit beras telah diserahkan. Meja2 telah kosong, walaupun masih ramai meninjau2 di luar. Giliran mereka mungkin tiba lagi, minggu hadapan, apabila Cikgu Abd Ghani mengadakan Projek Sedekah Minyak Masak. Insyaallah. Semoga sumbangan kepada asnaf, yg dipelopori oleh Cikgu Abd Ghani akan berterusan, malah menjadi projek2 di tempat lain, di seluruh Malaysia








Wednesday, 9 November 2016

BETAPA BERAT MATA MEMANDANG - BAHAGIAN 2

Sebuah keluarga tinggal di 126E Kampung Penghulu Him, Saudara Mohd Sharin Bin Salleh bekerja di Hotel SP Inn sebagai penjaga kolam berpendapatan RM1000 sebulan. Mempunyai 2 anak bersekolah di SK Khir Johari dalam tahun 4 manakala seorang lagi tadika. isteri beliau suri rumah sepenuh masa. Kegigihan Sdr ialah bekerja mencari ketam dan lokan sebelah petang setelah habis waktu kerja.

Keluarga ini memerlukan sebuah tempat kediaman yang sempurna, Tinjauan SSP ke kediaman mereka sangat daif seperti yang telah disiarkan oleh SSP ( blog ) sebelum ini. Keadaan rumah yang mereka diami sekarang ini bumbung bocor dan tiris teruk , reput bahagian lantai dan struktur dinding serta tiang yang akan tumbang pada bila-bila masa. Sangat dibimbangi keselamatan keluarga ini jika rumah yang mereka ini boleh runtuh bila bila masa dan keadaan hujan membasahi .

SSP mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada mereka yang perihatin untuk membantu mereka. Bantuan boleh disalurkan melalui SSP.

https://www.youtube.com/watch?v=MPZ-yVmSMkk








Tuesday, 8 November 2016

DUGAAN HIDUP PN ESAH OMAR DAN ANAK ANAK

Hidup tidak selalunya indah, begitulah keadaannya kisah Pn Foziah bersama anak anak, ibarat jatuh ditimpa tangga bila dugaan yang datang silih berganti. Bermula dengan perceraian dengan suami sehingga terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa dan terpaksa menumpang di surau sebelum mendapat bantuan dan pertolongan dari mereka yang perihatin.

                                        https://www.youtube.com/watch?v=rJ6fdKlAo-g



Pn Esah bersama anak

SSP Ust Kamaruddin menyampaikan bantuan hasil jariah dan sumbangan mereka yang perihatin



8 Nov 2016

Pn Foziah Zain telah menyumbang sealer machine untuk kegunaan Pn Esah membuat pembungkusan tepung jualan beliau. Moga beberapa sumbangan ini sangat sangat membantu menjana pendapatan keluarga ini. Kepada mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian bagi sama sama meringankan kesulitan yang dialami.




PAK BIDIN OKU GIGIH

Pak Bidin seorang ketua keluarga tinggal di Taman Ria Jaya, Sungai Petani mempunyai 3 orang anak seorang lelaki masih belum bersekolah manakala yang lain berumur 10 tahun bersekolah dalam tahun 4 manakala seorang lagi berumur telah menamatkan persekolahan dan bekerja untuk membantu keluarga. Pak Bidin adalah OKU kerana sebelah kiri badannya lumpuh. Pekerjaan seharian beliau ialah memungut bahan bahan buangan kitar semula untuk dijual sebagai sumber rezeki.

Pendapatan yang diperolehi olehnya adalah sekitar RM150 sebulan bergantung juga kepada faktor cuaca. Sekiranya hari hujan berpanjangan beliau tidak akan dapat keluar untuk melakukan kerja hariannya.

https://www.youtube.com/watch?v=7HT9p0V2MZk


                           Pak Bidin ditemani anaknya memulakan kerja seawal pagi lagi



                Datuk Paduka Jaafar Mohamad (Pengerusi SSP menziarahi kediaman Pak Bidin)

7 Nov 2016
 SSP telah membantu untuk mendapatkan lesen untuk Pak Bidin , urusan telah dilakukan di JV Cergas dan JPJ Sungai Petani. Berkat sokongan semua segala urusan dapat diselesaikan dan permohonan lesen motosikal Pak Bidin akan diperolehi dalam sedikit masa lagi.

Pak Bidin ditemani anaknya ketika menguruskan permohonan lesen di pejabat JPJ Sg Petani



En Hamidon dan En Jalil Pegawai JPJ Sg Petani membantu urusan Pak Bidin


SSP juga merancang untuk mengujudkan "Love Centre" yang akan menempatkan pakaian yang disumbangkan untuk dijual oleh keluarga ini bagi menambah lagi sumber pendapatan mereka. 

BETAPA BERAT MATA YANG MEMANDANG

Sebuah keluarga yang tinggal di pinggir sungai di Kampung Penghulu Him. Keadaan rumah mereka sangat usang dan tidak selamat untuk didiami. Lawatan oleh SSP mendapati struktur rumah telah banyak yang rosak, reput pada lantai , gelegar dan bumbung yang bocor. Retak pada struktur dinding adalah serius dibimbangi oleh menyembah bumi pada bila bila masa sahaja. Keadaan rumah sungguh menyedihkan kerana jika dilihat pada mata kasar sangat tidak sesuai untuk didiami apatah lagi dengan anak anak yang masih kecil dan bersekolah.

Sebelum inipun bahagian belakang rumah mereka telah runtuh dan dihanyutkan ke dalam sungai. Ketua keluarga ini bekerja dengan mencari tangkapan sungai seperti ikan dan lokan dari sungai di belakang rumah mereka.

Usaha sedang dilakukan oleh SSp untuk membantu keluarga ini untuk mendapatkan dana bagi membaiki rumah dan mendapatkan bantuan bantuan lain kepada anak anak yang masih bersekolah.
Keadaan rumah dari luar

Bahagian dinding yang retak serius




Keretakan pada dinding dan pintu masuk rumah


Bumbung bahagian dalam rumah yang bocor


Sebahagian dari rumah yang telah runtuh ( bahagian belakang )


Kepada mereka yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi pihak SSP. Sumbangan amal jariah yang disampaikan akan dapat membantu mereka yang sangat memerlukan.

Monday, 7 November 2016

PN MARSHITA IBU TUNGGAL MENDERITA SAKIT HEMPEDU BERJUANG MEMBESARKAN 3 ANAK DI KAMPUNG SUNGKOP, BUKIT SELAMBAU

Pn Marshita Tajudin , seorang ibu tunggal yang menderita sakit hempedu , masih memerlukan rawatan berjuang untuk meneruskan kehidupan untuk membesar dan mendidik 4 anak . Seorang  anak perempuan masih bersekolah di SK Bukjit Selambau , manakala seorang lagi kakak dan abangnya telah berhenti sekolah dan sekarang bekerja membantu ibu mencari rezeki dan menyara keluarga manakala seorang lagi anak lelaki belum bersekolah.

Pergerakan Pn Marshita agak terbatas keraana masalah kesihatannya. Kehadiran SSP menziarahi keluarga ini, Pn Marshita hanya bekerja di rumah dengan menyediakan masakan untuk jualan di sebuah warung kecil yang disewa di tepi sebuah kedai runcit dan Car wash lebih kurang 1 km dari rumah mereka. Kebolehan Pn Marshita ialah menyediakan masakan nasi lemah dan beberapa kueh muih seperti roti jala dan lain lain yang mendapat tempahan dari rakan rakan FB.

Tugas menjual akan dilakukan oleh dua lagi anak Pn Marshita yang lelaki dan seorang lagi anak perempuannya. Hasil dari jualan ini digunakan untuk mereka membayar sewa rumah , membiayai kos rawatan  dan persekolahan seorang anak perempuan yang masih di bangku sekolah.

Pihak SSP telah membantu dengan menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan melalui bantuan perihatin mereka yang telah memberikan sumbangan kepada akaun SSP. Pihak SSP juga telah mendapatkan sebuah motorsikal terpakai yang dibeli melalui sumbangan yang diterima untuk memudahkan pergerakan Pn Marshita mendapatkan rawatan di hospital , keperluan membawa barangan berniaga serta juga pengangkutan anak ke sekolah.

SSP mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang sangat perihatin dan sama - sama menghulurkan bantuan serta sokongan kepada SSP untuk sama sama membantu mereka yang memerlukan.
Motorsikal yang dibeli untuk kegunaan keluarga Pn Marshita


Pn Marshita bersama 3 orang anak


Ustaz Kamarudin menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan untuk
perniagaan Pn Marshita.

Kepada mereka yang ingin sama-sama membantu bolehlah menyalurkan sumbangan melalui SSP atau menyampaikan terus kepada Pn Marshita. Beliau masih memerlukan kelengkapan seperti peralatan memasak berupa periuk , freezer dan lain-lain untuk membolehkannya mempelbagaikan hasil jualan sejuk beku kerana kebergantungan kepada jualan nasi lemak tidaklah berapa baik dan hanya bermusim kadangkala hujan berterusan akan menjejaskan jualan dan perniagaan mereka.

8 Nov 2016
 SSP telah menyampaikan sebuah motorsikal hasil sumbangan dari sahabat SSP yang perihatin dan bermurah hati untum membuat amal jariah. Keseluruhan motorsikal terpakai berharga RM1190 termasuk kos pembaikan dan penghantaran.

Ustaz Kamaruddin bersama motorsikal yang telah siap dibaiki untuk dihantar kepada Pn Marshita.

Menyerahkan motorsikal kepada Pn Marshita