Pihak SSP telah menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang dan barangan keperluan serta membantu membaiki motorsikal Puan Rosliza untuk memudahkan pergerakkannya dan juga pengangkutan anak ke sekolah.
Selain itu Usz kamarudin telah meneliti semua dokumen perkahwinan Pn Rosliza dan membantu untuk menyelesaikan permasalahan yang dialami.
Cikgu Anwar Fadzil di hadapan rumah Pn Rosliza. Taman Desa Jaya
Pn Rosliza Ali bersama anak anak
Motorsikal keluarga Rosliza sebelum dibaiki
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang rumah sewa sekitar kawasan Taman Bunga Raya, Taman Desa Jaya bolehlah menghubungi pihak SSP untuk membantu Pn Rosliza memandangkan dua anaknya bersekolah di kawasan berhampiran
8 Nov 2016.
Cikgu Yati telah berjaya mendapatkaan sebuah rumah sewa untuk Pn Rosliza dengan harga sebanyak RM 250 sebulan termasuk elektrik dan air. Sementara itu pihak Jawatankuasa Kariah masjid kuning akan mengambil tanggungjawab untuk memantau hal hal kebajikan keluarga ini yang telah menjadi ahli kariah baru di sini. Insya Allah kerja pemindahan barang ke rumah baru nanti akan dibantu oleh sukarelawan yang telah bersedia untuk melaksanakan tugas berkenaan. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan. Pihak tuan rumah juga sedang membuat pembaikan beberapa kerosakan rumah berkenaan sebelum Pn Rosliza dan anak anak mendiami rumah ini.
No comments:
Post a Comment