Friday, 18 November 2016
PROJEK SEDEKAH JARIAH HJ ABD GHANI BIN HARON
20161118 SJA PSSP # CIKGU GHANI, PROJEK SEDEKAH BERAS # Seawal subuh, ratusan atau ribuan asnaf, berbondong2 memasuki pintu utama rumah Cikgu Abd Ghani Haron, semata2 utk mendapatkan bahagian mereka, 1 kampit beras. Projek sedekah jariah ini sudahpun berjalan bertahun2, akhirnya inisiatif mulia ini mendapat sokongan daripada seluruh pelusuk negara. Malah, ada juga sumbangan yg diterima dari luar negara, barangkali daripada rakyat Malaysia, yang merantau tetapi mempunyai kasih sayang dengan mereka yang ditinggalkan, di tanah air. Barangkali, perjalanan mengajar mereka menghargai persaudaraan, kasih sayang, ukhuwwah, yang diterjemahkan kepada sumbangan sedekah jariah ke dalam akaun khas Cikgu Abd Ghani. Hanya 1% sahaja daripada penyumbang ini yang mahu sumbangan mereka dihebahkan kepada public, tetapi yang lain sepi, tanpa menuntut sebarang pengiktirafan. Cuma, segala perbelanjaan daripada sebarang projek sedekah jariah yg dijalankan oleh pendidik ini dilaporkan utk menunjukkan ketelusan dalam menggunakan dana, sumbangan atau derma awam. Kami daripada pelbagai badan sukarela dan rakan2 media memerhati semua event yang berjalan dari jam 6.30 hingga 7.30 pagi, bila pintu utama dibuka kepada orang ramai, asnaf, yang memenuhi jalan di hadapan rumah beliau, hingga pintu utama ditutup, menandakan semua kampit beras telah diserahkan. Meja2 telah kosong, walaupun masih ramai meninjau2 di luar. Giliran mereka mungkin tiba lagi, minggu hadapan, apabila Cikgu Abd Ghani mengadakan Projek Sedekah Minyak Masak. Insyaallah. Semoga sumbangan kepada asnaf, yg dipelopori oleh Cikgu Abd Ghani akan berterusan, malah menjadi projek2 di tempat lain, di seluruh Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment