Saturday, 26 November 2016
BANGUNAN BANGUNAN WARISAN SUNGAI PETANI
Merdeka! Merdeka! Medeka! Merdeka Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat, bergema kali pertama di Banda Hilir Melaka,20 2 1956, di hadapan lebih 100 000 orang, selepas termeterai perjanjian di London mengenai masa depan Malaysia yang merdeka. 8 2 1956. Kemudian sekali lagi, dilaungkan di Stadium Negara, 31 8 1957, pemahsyuran Malaysia yang merdeka dari penjajahan Inggeris.Ramai warga Sungai Petani, terlepas pandang, sejarah besar itu sebahagiannya, bermula dari sini, bandar kita. Masjid Abdul Rahman @ Masjid Rahmaniah, dibuka 1937, disemadikan nama Almarhum Tunku yang pernah menjadi Pegawai Jajahan Kuala Muda atau D.O. sebelum beliau menyambung pelajaran ke England, 1938.. Ketika di Sungai Petani, Almarhum Tunku menetap di kediaman rasmi, berhampiran bulatan bersebelahan Masjid Khariyah Penghulu Him. Pentadbiran negeri Kedah sebelum ini dijalankan di Kota Kuala Muda, dan pada tahun 1912,dipindahkan secara beransur2 ke Sungai Petani, dengan kehadiran Residen Inggeris pertama di Kedah, Sir Williiam George Maxwell, 1909 - 1915. Langkah Pejabat Daerah Kuala Muda membuat renovasi bangunan kediaman rasmi Almarhum Tunku, walaupun perkhidmatannya hanya 2 tahun di sini, sangat penting utk memelihara sejarah perkembangan bandar kita, membangun dari kampung2 tradisional ke era perladangan komersial semasa British hingga akhirnya, kini, muncul megah sebagai bandar perindustrian, di samping menjadi taman ilmu, dipenuhi pelbagai pusat pendidikan tinggi. Sudah tiba masanya, Sungai Petani menubuhkan sebuah galeri atau muzium untuk merakam, menyimpan semua khazanah sejarah utk rujukan pelajar2 sekolah, mahasiswa2, atau warga bandar ini. Tidak ramai yang tahu asal usul kenapa bandar kita di kenali sebagai Sungai Petani atau Sungai Patani. Kenali bandar kita, Sayang Sungai Petani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment